Jumaat, 15 Januari 2010

PENGUMUMAN RAKAN NIAGA PIJIEMAS10

Salam semua kepada pengunjung blog ambo yang xseberapa nih..

Setelah agak lama dan mungkin ada yang merungut atau mengatakan ambo tidak serius dalam melantik rakaniaga.. dan lain2... ambo minta maaf kerana ambo tidak laju dalam buat sesuatu perkara..

Ok, setelah ambo menilai form dan menilai muka-muka dalam i/c.. ambo pun sudah membuat keputusan untuk melantik rakaniaga. Ambo sedar rakan2 semua sudah pandai malah sudah banyak 'masyuk' dalam niaga emas ini..

Apa yang ambo ingin buat hanyalah melaksanakan satu 'jemaah kecil' dan memperkukuhkan ekonomi serta kewangan org2 islam dalam jemaah sendiri dahulu.. kemudian akan bergabung dengan jemaah lain untuk menjadikan 'Umat islam kuat dan stabil dalam Sistem Ekonomi yang halal"

Ambo bukannya memaksa rakan2 semua supaya menjadi rakaniaga ambo.. sekiranya tidak mahu teruskan takper.. yang penting biarlah kita semua bersatu.. walaupun kita bukan satu kapal..

Senarainya adalah seperti berikut:

1) Kamaruddin
2) Aliff
3) Fouziah
4) Hanisham
5) Mohd Darmizi
6) Mohd Ridhwan
7) Mohd Amir
8) Mohd Fadly
9) Nik Nasiruddin
10) Nur Azwari
11) Nursyazwani
12) Nurul
13) Rosazura
14) Shidee
15) Zalina
16) Mohd Zulfikri

Mereka semua merupakan 'pioneer' sebagai rakaniaga ambo berskala kecil dan sederhana.. ada juga yang ambo hantar form tapi xhantar semula.. mgkin dah tarik diri sebelum mencuba.. hehe..

Itu sahaja yang diterima oleh ambo buat masa sekarang.. ambo ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memohon untuk menjadi rakaniaga pijiemas10.. bagi yang belum terpilih harap bersabar. kerana ada beberapa perkara lagi ambo kena buat..

Bagi yang sudah terpilih.. surat perlantikan akan dihantar melalui email masing2.. sila baca dan fahami butiran dalam surat perlantikan tersebut.. Bila dah benar2 bersedia, print, tandatangan dan hantar ko ambolah surat tu..

Berikut adalah antara syarat2 dan terma setelah menjadi rakaniaga pijiemas10.

1) Rakaniaga adalah tidak dibenarkan sama sekali berurusniaga menggunakan kaedah konvensional.
2) Rakaniaga juga tidak dibenarkan membuat sesuatu perkara yang salah di sisi syariat serta undang2 Malaysia.
3) Rakaniaga hendaklah bersikap amanah, berakhlak dan menepati janji dalam sebarang urusan niaga.. lain2 lagi akan dinyatakan dalam surat perlantikan..

Apa yang ingin ambo nyatakan disini ialah antara keistimewaan apabila menjadi rakaniaga PIJIEMAS10..

a) Tiada syarat bayaran ahli/agen kerana anda semua sememangnya sudah terpilih.
b) Tiada halangan sekiranya nak menjual atau membeli produk syarikat lain.
c) Tiada halangan sekiranya turut menjadi agen/rakaniaga syarikat lain.
d) Mendapat maklumat, (bantuan kewangan *Jika layak) serta bimbingan secara berkala daripada Top Management PIJIEMAS10.
e) Perjumpaan secara berkala akan diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakaniaga.
f) Secara automatik rakaniaga akan dinaungi oleh PIJIEMAS10 dan akan ditunjuk ajar bagaimana untuk menjadi usahawan islam sebenar serta peluang2 perniagaan akan dibuka.
g) Mendapat harga belian produk EMAS dengan harga yang "special" dan insya'Allah akan sentiasa ada keuntungan walaupun harga turun.
h) Tidak risau terhadap ketulenan emas kerana team PIJIEMAS10 akan melatih dan membantu anda semua.
i) Rakaniaga akan diajar "Business Art" and "Gold and precious Metal Art" secara konsisten dalam menjadikan jemaah berilmu dan berkeyakinan.
j) Dapat mengenali rakaniaga PIJIEMAS10 yang lain2.. yang mana sudah lama bergabung bersama-sama pihak kami.

Ok, ambo rasa sudah panjang ambo menaip.. surat perlantikan akan di 'email' secepat mungkin.. ambo benar2 sibuk dalam 2 minggu dan sekarang ini.. bagi yang masih ingin melihat dan tunggu org lain buat dulu.. ambo tidak apa2..Bertindaklah apabila perlu dan sudah bersedia.. cuma ingin ambo jelaskan disini kata2 yang lahir dari hati ambo sendiri dan ambo sentiasa pegang..

"Ambillah peluang bila ada, Rebutlah peluang bila sedikit, Ciptalah peluang bila tiada.... nescaya kita akan sentiasa mempunyai peluang dalam mendapat rezeki.. dan jgnlah lupa berdoa kepada Allah..

Sekian untuk kali ini.. selamat berjaya rakan2 semua..

3 ulasan:

  1. Salam

    tq piji coz memilih kawe menjadi salah seorang rakan niaga demo. kawe rasa terharu pulok..:) kawe insyaAllah akan buat yang terbaik yang termampu kawe buat. semoga kita semua akan mendapat keberkatan drp Allah SWT. aminnn

    BalasPadam
  2. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1260.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    BalasPadam