Khamis, 10 Disember 2009

CERITA DI SEBALIK NAMA PIJIEMAS10

Kisahnya begini... satu masa dulu dalam mengenal emas, ambo telah mendengar kata-kata emas 10.. ramai dari kalangan orang-orang lama yang memanggil emas tulen sebagai emas 10.

Ambo pun bertanya dan merisiklah maklumat berkenaan emas 10.. carian pun bermula..
Akhirnya ambo menemui jawapan dan kata-kata tersebut telah terungkai.. apa yang ambo faham, emas 10 sebenarnya tiada.. yang ada hanyalah emas 999... Emas 10 adalah sebutan lama yang menunjukkan emas yang tidak ada bercampur dengan logam lain..

Apa yang ambo ingin tekankan disini ialah kita semua hendaklah menjadikan diri sebagai emas 10 yang mana tidak dipengaruhi oleh anasir2 luar yang tidak sihat dalam menjalankan perniagaan.. seperti mana emas 10, ianya amat berharga dan bernilai..

Bila kita mengamalkan kaedah, cara dan perlaksanaan yang tulen, bersih dari sikap-sikap yang menyimpang dari ajaran islam serta sunnah.. kita akan dikenali, dihormati dan segala rezeki kita akan diberkati.. Insya"Allah..

Jauhilah kita semua dari unsur-unsur Riba dan Rasuah.. Jadilah seorang usahawan islam yang bertaqwa.. Kita semua akan berjaya dunia akhirat..

Sebagai kata-kata awal dalam blog ini, marilah kita semua sama-sama memahami kenapa rezeki adalah 9/10 daripada perniagaan.. renung dan fikir-fikirkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan