Isnin, 14 Disember 2009

NAMA PANAS dan AR RAHNU- ISLAM PADA KONTRAK.. MERAGUKAN PADA PERLAKSANAAN

Salam semua dan terima kasih di atas perhatian terhadap blog ambo..

Kalau tuan puan perasan, ambo dah tukar "template" maklumlah baru pandai sikit2.. apa pun harap pembaca blog sekalian tidak menilai kepada cantik pada luaran sahaja..

ok.. rakan2 ambo semua.. pasti terkejut apabila membaca tajuk di atas.. perkara ini telah ambo pendamkan agak lama dan memerhati rakan2 dalam chat JE ada tak yang memahami,mengalami perkara ini atau isu ini timbul atau tidak..

Sebenarnya rakan2 semua telah mengalaminya tetapi mungkin tidak sedar atau tidak berani meng'argue'kan kepada pihak penggadai..

ok, ceritanya begini.. kelmarin ambo telah pergi ke satu tempat untuk menemani kawan dalam urusan menggadai barang kemas.. sedang menuggu no giliran.. ambo dipanggil oleh manager yang mana telah cuba menghubungi ambo sebelah pagi tapi xterjawab..

ambo telah diberitahu bahawa nama client ambo dan company ambo telah disenaraikan antara pihak yang menggadai emas dengan banyak dan company ambo juga sedang disiasat secara terperinci oleh pihak penerima gadaian serta mungkin BNM pun terlibat (Ini pendapat ambo).. maknanya nama company, nama partner, nama client yang mana beli dan ada resit ambo semuanya ada dalam senarai tersebut..

boleh dikatakan ambo juga tersenarai bersama-sama senarai penggadai2 etika.. bila ambo mendengar begitu.. agak terkejutlah ambo.. tapi ambo yakin kepada Allah kerana ambo tidak buat perkara salah..

Seperkara lagi spekulasi yang mengatakan mulai 2/1/2010 BNM akan arahkan BR supaya freeze dari menebus.. itu belum di arahkan lagi..hanya spekulasi.. ok, manager tersebut telah menyatakan ko ambo bahawa nama company ambo dan segalanya telah di siasat secara terperinci oleh BR dan BNM mungkin juga..

Tapi mereka tidak dapat berbuat apa2 kerana ambo memang benar dan sah disisi undang2 sebagai peniaga emas berdaftar.. ambo menunggu sekiranya pihak BR dan BNM ingin memanggil ambo.. ambo akan mulakan hujah dan bukti dan ambo akan dapat mempertahankan diri ambo. Ini kerana telah menganggu urusan niaga ambo.. ambo juga tidak risau sekiranya benar mereka ingin freeze dari tebus kerana ia adalah satu bonus buat ambo..

ambo pesan kepada rakan2 semua, jaganlah kita takut sekiranya kita benar2 berniaga dengan cara yang betul dan sah..mereka semua sebenarnya ada agenda tersendiri yang mana ambo akan ulas kemudian..

ok.. hal kedua, berkenaan dgn hal Ar rahnu.. islam pada kontrak, meragukan pada perlaksanaan..

ambo ingin maklum bahawa proses testing di pajak gadai sebenarnya tidak tepat dan ianya telah di down gred.. terutamanya barang kemas yang tidak padat.. mereka mempunyai 2 kaedah dalam testing iaitu secara densimeter dan asid.. sekiranya densimeter xdapat baca berapa karat, mereka akan test dgn asid...

tetapi adakah mereka mahir dalam test menggunakan asid? mereka tidak mahir sebenarnya.. kerana mereka adalah pegawai pajak gadai, bukannnya peraih emas.

ok, apabila mesin tidak dapat membaca, mereka terus meletakkan karat yang rendah iaitu 750 kepada brg kemas kita semua.. ini telah saya tanya tetapi jawapan mereka ialah mereka xpercaya kepada cop 916 di barang tersebut.. adakah mereka tahu perihal akta dagangan yang mewajibkan ada cop yang benar? inilah masalahnya..

mereka boleh men'set'kan karat yang mereka mahu.. inilah persoalan hukum yang bagi ambo tidak kena atau meragukan.. nilaian mereka sebanyak berapa RM/gram itu tidak mengapa.. peratusan pinjaman dari nilai marhum juga tak mengapa.. tetapi meletakkan mutu yang salah adalah haram dalam perlaksanaannya..

mungkin ulasan ambo ni sudah lapuk.. tapi berhati-hatilah rakan2 semua dalam tipu daya pihak penggadai.. semata-mata demi keuntungan melampau.. ambo nasihatkan kawan ambo supaya jgn menggadai.. dia pun xjadi..

apa yang ambo ingin tanya ialah kenapa mereka tidak percaya kepada cop dagangan atau certificate antarabangsa yang iktiraf? ini kerana mereka xmahir dan berilmu.. nasihat ambo, kita semua kena ada ilmu dan sentiasalah ingat bahawa "orang bodoh adalah makanan orang cerdik"...

kalau mereka tidak mahir dalam menguji barang kemas, lantiklah pihak ketiga yang mahir dan diiktiraf kemahirannya. Bagi ambo mereka perlu mengemaskini sistemdan kaedahnya kerana hasil pendapatan mereka melalui gadaian tersebut adalah meragukan dan mungkin haram.. itulah sajer ulasan ambo kali ni.. terima kasih atas perhatian rakan2 semua.. nantikan ulasan ambo kemudian yang berkenaan kenapa ramai yang xberkenan rakyat simpan emas dan gadai...

7 ulasan:

  1. Salam bos... Informasi terkini. Bagus dan boleh dibuat rujukan oleh kawan2 kita. Tetapi apakah rasionalnya jika kita byk menggadai di Ar Rahnu menjadi kesalahan. Adakah alasan mereka utk membendung barangan "panas" ?
    Bagi kawe jika itulah alasannya mereka ibarat kerana seekor nyamuk, habis satu kelambu nak dibakar.

    Habis tu, apa alasan lainnya? Adakah kerana kes2 seperti etika emas itu, habis semua terpalit??? tidak ada langsungnya rasional di situ. Alangkah baiknya mereka menumpukan usaha utk menaik taraf atau memberi lebih byk ruang utk rakyat berniaga atau memiliki emas. Bukankah negara kita negara Islam? Mengapakah nasihat Rasulullah agar umat Islam ini menjadikan emas sbg matawang tidak diendahkan...

    Atau kerana wujudnya konspirasi lain yg tak difahami oleh kita sbg rakyat biasa.. tetapi tidak bagi rakyat yg berilmu dan mengetahui akan kelebihan dan kebenaran sesuatu yg Hak.

    Sori boh... emosional sikit

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, Tuan satu analisa dan kupasan yang menarik. Sangat membantu dalam memahami isu-isu ar-rahnnu nie. Mohon dari tuan untuk quote artikal dari blog tuan untuk capaian sahabat-sahabat yang lain.

    Wasalam

    BalasPadam
  3. untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Wbth,

    Memang saya ada perasan apabila mengadai di dua tempat iaitu Bank Rakyat & Agro Bank. Hasilnya barang kemas yg sama iaitu emas 999 apabila pajak di Agro Bank melalui mesin tersebut hasilnya adalah sama tetapi jadi emas 950 apabila pajak di Bank Rakyat.
    Implikasinya apabila terjadinya rompakkan maka pihak bank akan menggantikan dengan nilai yg telah mereka uji yg mana merigukan pihak penggadai sekiranya tidak tepat.

    BalasPadam
  5. salam..pengelasan dan perkongsian yang sgt menarik..tapi susah nak paham..sat ambo..sat ko...mcmne nak baca..huhu..

    BalasPadam
  6. Salam,

    Saya dah utarakan hal ini lama dah. Saya pun dah tulis di akhbar tahun lepas tentang hal ini. Tapi nampaknya mereka rasa mereka gah dan boleh terus membuli.

    Saya perlukan satu lagi bukti baru berkenaan hal di atas. Kita boleh bertindak dengan pergi ke Tribunal Pengguna dan terus ke BNM buat aduan. Walaupun saya tak harap apa pun dengan BNM ni, tapi saya tahu, Bank Rakyat ni rasa takutnya dengan BNM, seolah-olah BNM itu seperti Tuhan yang setiap arahannya adalah maksum.

    Saya dah muak dengan lagak mereka ini semua. Cukuplah, sampai masanya kita bangkit selaku pengguna. Jangan biarkan mereka memperbodohkan kita, hatta BNM sekalipun. BNM dan BR sendiri pun jgn lah mendabik dada mereka adalah yang terbaik, banyak masalah2 yang memalukan ada dalam organisasi masing2, bukan saya tak tahu. Jangan sampai aib anda terdedah kepada org ramai.

    BalasPadam
  7. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    BalasPadam