Jumaat, 11 Disember 2009

TAWARAN DILANTIK AGEN BAGI SETIAP DUN

Mula-mula ambo ingin ucapkan terima kasih kerana masih terbukok hati dan sudi melayari blog ambo hok cap ayam nih..

Ambo telah mewar-warkan berkenaan tawaran terbaru ambo untuk melantik agen seluruh Malaysia dalam JE tempohari.. Hangat jugoklah pertanyaan demi pertanyaan.. Maklumlah ambo orang baru.. Muncul secara tiba-tiba.. Macam-macam soalan ada..

Agak ramai yang berminat dan telah menghantar sms alamat email masing-masing. Ambo amatlah bersyukur. Untuk pengetahuan semua, ambo akan melantik hanya 2 orang bagi setiap DUN..

Langkah pertama ialah ambo akan email borang dan segala syarat-syarat akan dinyatakan didalam email itu nanti.. Bila dah faham dan berminat untuk menjadi agen, isilah borang tersebut dengan sempurna dan hantar semula ko ambo..

Ambo akan meneliti setiap permohonan dan akan membuat pilihan yang sesuai dengan kehendak pengurusan.. Dalam masa 2 minggu selepas kesemua permohonan diterima, ambo akan membuat perlantikan secara rasmi.. dan bermulalah pengembaraan kita semua dalam organisasi yang baru..

Ambo tidak menjanjikan kekayaan segera atau imbuhan bulanan kerana bagi ambo tiada istilah duit mudah dalam hidup ini yang kekal.. Apa yang ambo inginkan ialah kita sama-sama bergabung dan berniaga di atas landasan yang betul dan diberkati..

Apa pun, nantikanlah form ambo dulu... dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen, sila sms email add. ko h/p ambo.. 0136390077.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan