Jumaat, 11 Disember 2009

SYARAT-SYARAT JADI AGEN AMBO..

Sebenarnya ambo tak berniat lagi untuk nyatakan dalam blog syarat-syarat untuk jadi agen ambo... tapi kesian ramai sgt yang bertanya..

oklah... ambo maklumlah.. syarat utama ialah individu tu mesti seorang islam, umurnya mesti 18 tahun ke atas.. bangsa apa pun takper asalkan dia seorang beragama islam..

Jangan risau atau takut tak layak kalau takder duit.. jangan takut kalau dah jadi agen mana-mana pihak, jangan bimbang kalau masih makan gaji atau kerja sepenuh masa..

Ambo hanya mahukan agen yang benar-benar ada keinginan untuk maju.. dan nak mengubah hidup serta nak men'educate' org islam lain supaya menyimpan emas sebagai satu alternatif.. yang terbaik.. konsep ambo ialah "SUKARELA"..

Tiada syarat seperti kena beli rm30k.. atau kena beli rm100k untuk layak jadi agen.. konsep ambo xgerak xmakan.. tiada istilah duit mudah dalam hidup ini..

Produk utama ambo ialah emas.. jadi sesiapa yang berminat untuk berurusniaga emas ambo amatlah galakkan. Ambo tidak mahu konsep monopoli atau konsep manipulasi orang melalui skim-skim yang tidak munasabah.. menabur janji manis.. memberi pulangan yang tetap.. meracuni pemikiran dengan imbuhan yang mengkhayalkan.. kerana itu semua meragukan malahan haram dalam islam..

Ambo juga tak mahu berselindung di sebalik nama atau pendaftaran koperasi dalam mengambil atau memperdaya orang islam.. ambo mahu tuan puan semua bergerak sebagai seorang usahawan yang sebenar.. cukuplah orang awam menjadi mangsa golongan2 yang sebegitu.

Bagi ambo keberkatan dalam rezeki adalah amat penting dalam mencapai kemerdekaan jiwa yang sebenar..

Tapi produk emas jenis macamner yea.. sama2lah kita nantikan.. sehingga berjumpa lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan